SIDANG PENGARANGPENASIHATDr. Aishah bt Jusoh
KETUA EDITOREn. Mohd Zaharen b Md Zahir
PENYELARAS UTAMA
En Mohd Shahril b Mohd Pauzi
SIDANG EDITOR
UNIT INSPEKTORAT
Mohd Nizam b Badarudin Mohd Rizal b Mohd Rejab En Mohd Azam b Hassan UNIT PENTADBIRAN Pn Roslinda bt Saidin Pn Aidawati bt Ibrahim En Khairul Hisyam b Ghozali KEJURURAWATAN Pn Lydiawati bt Selamat Pn Sopiah bt Md Desa Cik Nurazalina bt Abd Kadir Pn Junaidah bt Abu Bakar BAHAGIAN FARMASI En Izwan b Ahmad POS KESIHATAN KOTA PUTRA En Mohd Azrul b Md Isa TEKNIKALEn Johari b Ibrahim
En Khairul Rasyid | PERUTUSAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAHDr. Aishah bt Jusoh
(Pegawai Kesihatan Daerah Padang Terap) Tarikh : 14 Mac 2012 Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya Laman web rasmi Buletin PKDPT 2012 Edisi-2 dapat diterbitkan dengan jayanya. Sesungguhnya adalah menjadi harapan saya agar Laman web rasmi rasmi Buletin PKD Padang Terap ini dijadikan sebagai wacana bagi mendapatkan maklumat terkini sekaligus sebagai medium untuk perkongsian pengetahuan yang mantap dan padat sejajar dengan objektif penerbitanya. Diharapkan semua pihak akan mendapat manafaat dan faedah daripadanya. Peredaran masa berlaku dengan pantas sekali dan kita sudah pun masuk tahun kedua pelancaran Buletin PKDPT yang telah dilancarkan pada tahun yang lalu. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua editoral Buletin PKD Padang Terap yang selama ini bersama-sama mengekalkan kerjasama yang utuh bagi memastikan perlaksanaan operasi harian dapat dijalankan dengan baik dan cemerlang dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan. Dalam kita berlumba-lumba untuk memperbaiki kualiti diri dan perkhidmatan dengan sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang baru, janganlah kita leka serta mengabaikan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada “stakeholder” masing-masing. Penekanan mengaplikasikan budaya korporat KKM berkonsepkan teras utama “Penyanyang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisme” perlu disematkan dalam setiap warga KKM umumnya dan warga PKD Padang Terap khususnya, di samping mendokong gagasan “ 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Akhir kata, sukacita saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong penerbitan Bulletin PKD Padang Terap dan terus memberi sokongan agar ia dapat kekal sebagai wadah perkongsian pengalaman dan penyebaran ilmu yang efisien kepada semua. Sekian, terima kasih. PERUTUSAN KETUA EDITOR BULETIN PKDPTMohd Zaharen bin Md Zahir
(Ketua Editor Buletin PKDPT) Tarikh : 14 Mac 2012 Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT, laman web rasmi PKDPT yang mengantikan Buletin PKD Padang Terap 2011. Pada tahun ini, kita sekali lagi melangkah kehadapan dengan mewujudkan jaringan interaktif bermatlamatkan paraferasa nano seunggulan dengan peredaran zaman, dengan ini Edisi-2 telah berjaya diterbitkan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan editorial yang telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan bahan dan kandungan setiap bahagian dengan jayanya. Edisi kali ini lebih memfokuskan kepada pendedahan tugas dan fungsi utama Bahagian Inspektorat, Bahagian MCH, Bahagian Kejururawatan, Bahagian Farmasi, Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Kewangan. Tidak ketinggalan juga bahagian Pos Kesihatan Kota Putra, Durian Burung dipaparkan bersama. Di dalam web rasmi http://pkdpt.weebly.com akan memaparkan maklumat semasa berkenaan aktiviti setiap bahagian didalam unit serta info jalinan interaktif seentero dengan laman web yang lain. Akhir kata, saya selaku Ketua Editor Buletin PKDPT mewakili warga editorial Team Buletin PKD Padang Terap ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan web rasmi http://pkdpt.weebly.com (Bulletin PKD Padang Terap) tahun ke-2. Kerjasama anda semua amatlah dihargai dan sentiasa dialu-alukan. Sekian, terima kasih. | Pautan PKDPT
Capaian Pantas |
Hak Cipta Terpelihara © 2012 – Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap
PENAFIAN Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. |